Saturday, 13 July 2024

No title

 Hari ni kami kena balik kampung sbb esok tengahari ada kenduri  doa selamat. Dan kebetulan pula aku dengan si Aaron ni tengah perang dingin.. 

Ni semua sebab aaron dia lupa janji dia untuk teman aku pi check up.. padahal dah janji... siap suruh ambil half day lagi.. 

Bukannya aku suruh dia ambil cuti pun walaupun dia tu boss besar. Halfday jeeee. Selalu pi kerja aku drive kereta sendiri je.. tapi hari ni suami aku yang hantar sbb nak pi check up sama2 kan.. naik satu kerata je. 

Tapi bila dah tiba waktu lunch. Bila aku call suami aku, tak berjawab. Whatsapp tak berbalas. 10 kali aku call, 10 kali tu lah tak berjawab.. last2 aku block terus number suami aku. Geram! Rasa nak marah! Rasa nak mengamuk. Tapi kena sabar. 

So aku pun order grab je nak pi sana.. dalam hati ni memang berkecamuk berperang dengan emosi. Tengah pregnant  ni lagi lah.. 

So lepas dah check up aku pi jalan2 kat mall. Saja nak tenangkan hati yang tengah membara. Kebetulan pulak kad bank suami dia ada kat dia. Memang kenaaaaa sangattt.. 

Aku makan kat tempat mahal2... order yang paling mahal. Biarkan dia dapat notification terbuntang mata dia. Walaupun sebernarnya tak beri effect apa2 pun kat dia. Tapi lantaklahh.. penat! 

Malam lepas maghrib baru aku balik. Aku solat zohor, asar dan maghrib kat mall tu je.. saja nak tunjuk protest. 

Aku masuk je pagar rumah, aku nampak si Aaron dah tercegat kat depan pintu utama rumah kami. 

Aku berjalan menuju ke pintu utama untuk masuk ke rumah. Akan tetapi di halangi oleg Aaron.

Aku tengok dia. Dia tengok aku. 

"Tepi lah. Orang nak masuk" aku cuba untuk menyelit masuk. Tapi masih dihalangi aaron. 

Aku mengeluh penat.

"Pergi mana baru sekarang nak balik?" Tanya aaron sambil matanya memandang ke arah bungkusan beg kertas dan plastik bag yang ada di kedua2 tangan isterinya.

"Mana2 je lah yang boleh.. tepilahh.. orang nak masuk. Penatlahh.. " aku cuba lagi untuk menyelinap masuk ke dalam rumah. Tapi aaron masih berkeras menghalangi ruang untuk masuk. Last2 aku gigit lengan dia. Baru ada ruang untuk dia masuk. Sebab suami dia tengah menahan pedih di lengannya.

"Argh.. sayang!" Uishhh. Bukan main2 dia gigit mat! 

Setelah memberi salam aku masuk ke rumah dan terus naik ke bilik. Tak sabarnye nak mandi nak rehat nak tidurrrrrr... 

Aaron yang melihat kelakuan isterinya hanya menggelengkan kepala. Ini mesti marah kat aku pasal tak teman dia check up. Silap dia juga. Sbb masa keluar dengan klien dia tadi dia tertinggal phone dia kat office. Dia bawa tab dan laptop serta fail2 penting je dia je masa pi jumpa klien. Tak perasan tertinggal phone. Pukul 3 baru sampai office.. then baru perasan phone tu ada atas meja.. bila check.. nohhhh. 10 missed call.. chat WhatsApp pun.. hambik! Terus kelam kabut dia keluar daripada office semula.. aduhaiii.. macam mana aku boleh lupa nii.. 

Dalam kereta tak henti2 dia call isteri dia. Tapi semuanya tak dapat... out of service katanya.. WhatsApp pun satu tick je.. alahai...  

Aaron tengok jam tangannya. 3.30pm..  kalau nak diikutkan waktu macam ni mesti isteri dia dah balik rumah. Sbb check up tu kejap je. 

Start kereta dan terus menuju ke rumah. 

Sampai sahaja aaron dia rumah. Pagar masih berkunci. Aduhaiii.. pergi mana pulak isteri dia ni..  

Tiba2 notification masuk. Hmmmm... pahammm... nak tunjuk protest lah ni. Beli semua nak mahal2 ni.. sah! Nak tunjuk protest. Sbb isteri dia bukan yang jenis suka beli barang mahal2 dalam satu hari macam ni. Dia memang tak kisah sbb tak luak pun duit dia dalam acc tu.  

Aaron cuba lagi untuk call isterinya. Tapi masih lagi out of service. 



Haihh. Pukul 5.30pm dah ni.. tak balik2 lagi. Risau dia. Dah lah tak dapat dihubungi. Tak senang duduk dia memikir. Tenang waktu dia solat tadi je.. pastu risau teringat isteri dia. 


7.55pm... baru isteri dia pulang. memang kena pujuk lah ni.