Monday, 24 June 2024

No Title

Setelah dua jam lamanya perjalanan dari Penang ke Selangor. Finally, sampai juga. 

Tak sabarnya nak jumpa suamiku. Tak sabar juga nak sampaikan berita gembira. Kotak sederhana kecil itu aku pegang kemas. Setelah aku buat confirmation sebelum balik ke rumah. Aku lebih bersemangat nak sampaikan berita gembira ni. 

Berbunga-bunga rasa hati..

"Assalamualaikum.... " aku memberi salam setelah membuka pintu. 

Aku terpaku seketika. 

"Um..mi... waled pun ada." Aku berkata sambil senyum apabila melihat mertua ku ada berkumpul di ruang tamu.

Aku pandang suamiku sambil tersenyum lebar. Tapi senyuman itu perlahan2  pudar dari bibir apabila melihat suamiku tidak memandang ke arahku dan terlihat sofa berhadapan dengan mertuaku ada Anissa yang merupakan sepupu kepada suamiku.

'Ya Allah.. ada apa ni..'

Walaubagaimanapun, aku masih mengatur langkah ke arah suamiku untuk bersalaman seperti rutin kami hari2. 

"Abang....." panggilku sambil menghulurkan tangan ku untuk bersalaman. Akan tetapi salamku tidak disambut. Aku sudah mula berkecil hati dengan kelakuan suami yang bersikap tidak memperdulikan aku. Aku pandang ummi dan waled. 

Ummi dan waled hanya senyum tawar dan ummi memanggilku untuk duduk disebelahnya. 

Aku menyalami mertuaku. 

"Um..ummi dan waled kenapa datang tak bagitahu? Kalau tak boleh sha beli apa2 untuk dijamu." 

"Ummi dah bagitahu Aaron, ummi ingat aaron dah bagitahu kamu." Usul ummi.

Sebelum sempat aku membalas kata2 ummi, tiba2 si anissa ni menyampuk.

"Alah, maklong. Kalau bagitahu dia pun bukannya tengok pun. Ye lahh sibuk berseronok dengan lelaki lain. Sampai lupa dah ada suami. " ujar. 

"Apa benda yang kamu cakap ni anissa? Tak faham." Ye aku betul2 tak faham..  dah kenapa tiba2 cakap macam tu pulak. Suka hati je tuduh aku berseronok dengan lelaki lain? What??

"Tak faham ke buat2 faham? Ni haa kau punya tak faham!" Dicampaknya satu sampul surat ke arahku. Nasib tak kena muka. Minah ni kenapa? Biadap betul eh..

Aku pandang ke arah Aaron seketika. Aaron memandang aku tajam.

Kemudian aku membuka sampul dan melihat isi didalamnya. Aku keluarkan. Ada beberapa keping gambar..... aku dan Airil??? Hehh?? 

"Ta.. tak faham... " aku masih membelek2 gambar yang ada di tangan. Macam mana pula boleh ada gambar berdua aku dengan airil ni? Dan gambar ni.. gambar masa aku pergi kursus??? Tengok sistuasi macam situasi semalam ni. Aikkk?? 

Muka aku berkerut2 kerana cuba memahami apa yang berlaku.

"Masih buat2 tak faham? Dah terang lagi bersuluh kau ada hubungan dengan lelaki lain. Tak malu ke? " selarnya lagi.

"Tak. Apahal kau yang beria2 sekarang ni?" Aku mula rasa nak naik angin ni. Minah ni pulak yang lebih2.

"Anissa yang dapatkan gambar ni. So now. You explain... " setelah lama berdiam diri akhirnya bersuara juga suami aku ni.

Aku pandang Aaron dengan perasaan bercampur baur.

"Nak explain apa?? Mana ada sha berhubungan dengan lelaki lain. Kalau tengok situasi dalam gambar ni, ni gambar sha dengan peserta2 buat aktiviti. Macam mana pula boleh ada gambar berdua sha dengan lelaki ni?" 

"Bukti depan mata pun masih nak nafikan lagi, sha? " sinis sekali rasanya apa yang keluar dari mulut Aaron.

"Awak percaya saya buat semua ni Aaron? Really?" Aku tak tahu siapa yang patut rasa kecewa sekarang ni. 

Aku bersandar ke sofa dan pejamkan mata. Ya Allah. Penat masih tak hilang lagi. Dengan rasa loya yang mula bertandang. 

Aku melihat Aaron yang sedang meraup mukanya setelah aku bertanyakan hal tersebut kepadanya.

Aku masih memegang kemas kotak sederhana kecil tadi. Tapi entah macam mana tiba2 sahaja anissa merampas kotak tersebut dari genggaman aku.

"Kau ni kenapa anissa?! Bagi balik!" Automatik aku bangun dari sofa. 

"Ni mesti kau konon2 beli hadiah sbb nak ambil hati dan nak cover perbuatan buruk kau tu kan?" Ucapnya tanpa memikirkan perasaan semua orang yang berada disitu.

"Bagi lah anissa! Tu barang aku kan.." aku cuba untuk merebut semula kotak tersebut namun kotak tersebut terbuka dan isi dalamnya terjatuh ke lantai. 

"Oh wow! Pregnancy test! Sampai macam tu sekali hubungan kau dengan lelaki tu.." ucapnya setelah mengambil Pregnancy test tersebut di lantai.

"Kau merepek apa ni?! Ya Allah." Aku merampas semula p.t itu daripada anissa.  

Aku kutip sekali kotak yang jatuh ke lantai.

Lagi sekali p.t itu dirampas dan kali ini bukan anissa. Tetapi aaron.

Lama Aaron memandang p.t tersebut. 

'Tiga minggu?' Detik aaron dalam hati.

"Sha.. mengandung ke?" Mertuaku bertanya dengan muka yang ceria. 

Aku pandang ummi. Aku senyum dan mengangguk. 

"Anak siap......?" Oh. Shit! Lain yang aku nak tanya lain yang keluar. Marah aaron dalam hati.

"Aaron.... " aku pandang Aaron dengan mata yang berkaca kaca. Aku tak sangka aaron boleh tanya macam tu.

"Astaghfirullahalazim. Aaron! Apa yang kamu merepek ni! Isteri kamu ni. Tentu2nya anak kamu yang dia kandung ni..cuba kawal sikit emosi tu!" Puan Zahra memarahi anaknya.

"Awak je yang betul2 kenal saya macam mana.  Aw.. awak percaya ke saya buat macam tu, Aaron?"

"Eh. Kau takyah nak minta simpati abg Aaron lah. Bukti ada dah kat depan mata ni haa. Kau nak sangkal apa lagi?" Anissa tiba2 mencelah lagi.

"Kau diam boleh tak?! Lagi sekali kau bersuara aku lempang kau eh! Pijak2 kau pun aku boleh. Melebih2!" aku bagi amaran keras kepada anissa.

Dari riak muka anissa dia terkejut dengan reaction aku. Dan dia ambil langkah untuk berdiam diri.

"Aaron... awak percaya?" Aku cari sepasang anak mata milik suamiku. 

Tetapi aaron tidak memandangkan dan hanya berdiam diri. Aaron sebenarnya masih dalam dilemma. Perasaannya bercampur baur.

Aku pejam mata seketika untuk kawal emosi. Air mata aku memang sedang berebut2 nak turun.  

Fine..... fine.... aku menoleh kebelakang dan melangkah ke pintu rumah.. aku perlukan masa untuk tenangkan diri dan keluarkan segala emosi aku.

Aku melangkah tanpa tujuan. Tahu2 aku sampai di sebuah taman permainan. 

Bum! Bunyi guruh berdentum. Aku pandang langit. Mendung. Semendung perasaan aku sekarang. Seolah2 memahami isi hati aku sekarang ni. Tak semena2 hujan lebat mulai turun.. seiring dengan air mata yang lebat jatuh ke pipi. 

Aku mengambil tempat di kerusi duduk yang ada disitu.

Aku menangis sepuas puasnya. 

Sedih dan kecewa bukan kepalang.

-

"Aaron.. isteri kamu keluar tu. Pergi kejar dia. Nak hujan dah ni. Mendung kat luar tu..." ujar puan Zahra. Dia risau sebenarnya keadaan menantu dia. Dengan usia awal kehamilan macam tu. Macam2 boleh jadi.

"Biarkan je abg Aaron. Lari pergi kat lelaki lain lah tu." Anissa menjadi batu api.

"Eh kau ni! Entah2 gambar yang kau bagi tu pun tak betul. Sebb kau ni yang daripada tadi melebih2.. " selar Aaron..  daripada dia cuba kawal emosi dengan tekanan dari si anissa ni. Setiap reaction yang isteri dia tunjukkan, memang isteri dia tak bersalah. Tapi tak tahu kenapa dia boleh keluarkan pertanyaan bodoh macam tu. Ya Allah.

"Ma.. mana ada.. memang itu....." walaupun dah hampir nak kantoi, anissa masih cuba untuk meyakinkan Aaron tapi pantas diselar bicaranya.


" Dah lah! Sepatutnya kau tak perlu masuk campur! Aku nak kau pergi balik sebelum aku hilang kawalan..."  Aaron bagi amaran.

"T.. tapi..." 

"Balik!!" 

Kecut perut anissa melihat amarah daripada sepupunya itu. Laju dia mengatur langkah keluar daripada situ.

Aaron pejam mata dan tarik nafas dalam2. Cuba untuk bertenang.

"Kamu selesaikan lah elok2 Aaron, cari dia. Mendung sangat dah ni. Isteri kamu tu mengandung. Isteri kamu tu betul2 terluka dengan apa yang jadi. Takpelah. Kami pun nak beransur dulu ni.. apa2 bagitahu kami nanti." lembut sahaja Tuan Zarif menasihati anak sulungnya. 

Aaron hanya mengangguk lemah. 

Tak lama selepas beransurnya ibu bapanya, hujan lebat mula turun. 

'Ya Allah. Isteri aku' 

Aaron bergegas mengambil kunci kereta dan payung.


Mana pula isteri dia pergi ni. Hujan yang turun lebat membataskan dia untuk melihat di luar. Dia tahu isteri dia pasti tak jauh dari sini. 

Dia berhenti berdekatan dengan taman permainan. Hujan yang sangat lebat sangat membataskan penglihatannya untuk melihat sekeliling. 

Setelah 6 minit menunggu, akhirnya hujan mula reda sedikit. Baru sahaja dia ingin pergi dari situ, dia ternampak figure yang ada di atas sebuah kerusi yang ada di taman itu. 

Aaron perhatikan dalam kereta. Ye itu isteri dia. Mata aaron mula berkaca kaca. Hati dia bagai disiat2 apabila melihat betapa sedihnya isteri dia menangis dalam hujan. 'Maafkan abang, sayang' 


Hujan mula reda tangisan aku pun mula reda. Penatnya rasa.. penat menangis. Penat balik dari kursus.. penat emosi. Aku mendongak ke langit yang mendung. Masih terasa air hujan yang turun menimpa mukaku.

Aku pejamkan mataku sambil menikmati air hujan yang turun. Perasaanku masih sedih kecewa. Tapi aku cuba untuk bertenang.

Untuk seketika aku tidak merasakan lagi titisan air hujan di muka. Aku buka mata. 

Payung? Ye setelah aku buka mata itu yang aku nampak. Aku pandang ke hadapan. Mataku bertemu dengan sepasang mata si suami.  Mataku mulai berkaca2 semula. Aku alihkan mataku dari terus menatap dia.

Ada dapat merasakan haba dari si suami. Sebelah tangan pegang payung. Sebelah tangan menongkat tempat  sandar kerusi yang aku duduk itu.  

Aku pandang Aaron. Aaron pandang aku. Kalau pandang mata dia je, mata aku auto berkaca2.. sbb teringat macam mana aaron layan dia masa kat rumah tadi. 

Tak semena2 bibir kami bertemu.. 

Air mata yang berkaca2 tadi terus jatuh ke pipi. 

Aku tolak aaron perlahan. Aku pandang Aaron dengan air mata yang masih berjujuran.

Aaron lagi sekali mahu menyatukan bibir kami kembali, tetapi aku tekup bibirnya dengan tapak tangan.

Aku bangun dan mengorak langkah pergi dari situ. Tapi tak lama. Aaron peluk aku dari belakang. 

Aku hanya diam tak berkutik. 

Aaron pusingkan tubuh aku menghadap dia.

Mata kami bertentangan.. again..  berkaca2 mata aku dan kali ni jatuh terus ke pipi. 

Tanpa apa signal. Bibir aku jadi habuannya untuk kali ke dua.. aku tolak tubuh dia kebelakang tapi dia tak berganjak sedikit pun malah peluk aku lebih erat melumat bibir seperti takmau lepas. Sampai aku lembik kedalam pelukan dia, baru dia melepaskan. 

Aku memukul dada bidangnya berulang kali. Dan akhirnya aku hamburkan tangisan di dalam pelukannya.



"Aacchiiiii" aihh... mula dah ni selsema.. 

Aku menunaikan solat maghrib sendirian di dalam bilik tidur kami. Sejak dari balik dari taman permainan tadi aku terus naik kebilik untuk mandi dan berkurung dalam bilik.

Selesai solat maghrib, aku turun kebawah dan keluar ke garaj kereta. Aku nak bawak masuk barang dan luggage yang aku bawa sepajang aku kursus. 

Sampai sahaja di bilik aku kemas semula luggage dan barang2 aku untuk meletakkan semula ditempatnya.

Sedang aku mengemas luggage,  aku bersin tak berhenti. 

"Aachii..."

"Aachhiiii" 

"Aachiiiii" 

Allah.. bersin pun terasa penat. 

Pintu bilik dibuka dari luar..

Aku pandang sekilas.

"Sayang... jom makan..." ajak suamiku. 

Aku rolled my eyes. Masih teruskan mengemas luggage. 

Aaron menghembus nafas berat. Disebabkan  isterinya hanya diam, dia melangkah masuk kebilik dan duduk bersama isterinya yang duduk mengemas luggage di atas katil. 

"Aachiiii! Aaachiiiii" alahaiiii... aku menghembuskan hingus pada tissue. 

"Sayang...." panggilnya.

"Em.." 

"A.. abang... I'm sorry, sayang" 

"Anak siapa dalam kandungan ni?" Soalku tegas.

"I'm sorry sayang.." 

"Saya tanya, anak siapa dalam kandungan saya ni?" Aku pandang mata Aaron.

"Anak kita. Abang tahu itu anak kita.." membalas pandangan mata aku. Aku nampak mata Aaron berkaca2 apabila mengatakan kenyataan itu.

"Hm.." aku sambung kemas luggage. Sikit lagi nak selesai.

"Abang minta maaf sayang. Abang terbawa2 emosi. Abang minta maaf juga sebab abang tanya soalan yang sepatutnya tak perlu pun untuk dipersoalkan. Abang......Abang betul2 minta maaf sayang." Aaron gengam tangan aku. 

Aku mula lah.. aku lemah sikit kalau suami dia dah guna fisical touch. Mula lah nak berayor2 mata ni. 

"Awak tahu tak apa yang saya rasa bila awak persoalkan saya macam tu? Saya rasa kecewa tau. Rasa terhina. Anak siapa lagi kalau bukan anak awak. Ni anak awak tau... " aku tepuk lembut  perut ku dan air mata turut sama berjurai2 turun. 

"Ye abang tahu..." Aaron tarik aku kedalam pelukannya.. 

"Abang minta maaf sebab buat sayang rasa semua tu. I'm sorry...." dieratkan lagi pelukannya kepadaku. Aku menghamburkan sekali lagi tangisan didalam pelukannya.